Friday, 11 March 2016

Perwatikahan & Perasmian Bilik Pengawas


11 MAC 2016 , SMK Bukit Katil, Melaka - Selepas sahaja bacaan surah Yasin pada pagi jumaaat, perhimpunan diteruskan dengan Majlis Perwatikahan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil. Perwatikahan diterima oleh pengawas-pengawas baru yang terdiri daripada sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT dan juga pengawas koperasi. Selain itu, perwatikahan juga diterima oleh ketua dan penolong kelas, ketua pengawas dan AJK yang lain. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sebaik sahaja tamat Majlis Perwatikahan, aktiviti seterusnyaa diteruskan iaitu Perasmian Bilik Pengawas oleh Encik Husin bin Haji Chek, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Melaka. Diharapkan bilik pengawas yang telah dihias cantik oleh guru-guru pengawas dan AJK pengawas dapat memberikan keselesaan kepasa pengawas yang ingin menggunakan bilik tersebut disamping kelengkapan kemudahan yang telah disediakan. Semoga dengan wujudnya bilik pengawas yang serba kemas dan cantik ini, dapat menambahkan lagi kerjasama dan kemuafakatan sesama ahli pengawas dalam mencapai matlamat, misi dan visi pengawas. InsyaAllah.







Wednesday, 10 February 2016

Mengecat

Bilik pengawas ini baru diwujudkan pada Januari 2016 yang lalu. Oleh itu, banyak yang perlu kami lakukan dalam menyusun atur bilik tersebut agar sesuai untuk digunakan oleh para pengawas jika perlu. Sebagai langkah pertama, kami telah mengecat bilik tersebut dengan bantuan pengawas lelaki secara sukarela. Tidak terkecuali pengawas perempuan lain yang sudi membantu. Alhamdulillah, bilik pengawas berjaya dicat mengikut tempoh masa yang diberi. Sekarang, bilik itu hanya perlu dihias agar ceria dan menambah maklumat berkaitan pengawas. Terima kasih kepada para pengawas yang sudi membantu untuk mengecat bilik pengawas.







Monday, 11 January 2016

Monday, 4 January 2016

Sejarah SMKBK

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil merupakan salah sebuah sekolah daripada projek Jabatan Perdana Menteri, diserahkan untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diluluskan pembinaan mulai bulan Oktober 1999 dan dijangka siap pada bulan November 2000. Pembinaan sekolah ini menggunakan konsep "Design and Build" yang diharap siap dibina dalam masa 1 tahun. Konsep pembinaan sedemikian disesuaikan dengan wawasan pendidikan masa kini berasaskan konsep "Pendidikan Bestari" dan "Sekolah dalam Taman".

Projek pembinaan sekolah ini dimulakan seawal November 1999, di atas tapak yang asalnya sebuah ladang getah di, Km 9, Mukim Bukit Katil, Melaka. Pada awalnya, projek pembinaan sekolah ini berjalan lancar. Namun sekolah ini tidak dapat disiapkan pada tarikh yang dirancang. Walaupun begitu, SMK Bukit Katil tetap memulakan pengurusan pentadbiran pendidikan mulai 10 Januari 2001 manakala sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Pengetua pertama SMKBK pada masa itu ialah Puan Hajah Sharifah Fadzilah binti Omar Al Habshi.

Pada tahun pertama sesi persekolahan, warga sekolah terdiri daripada 25 orang guru termasuk pentadbir, 3 orang kakitangan sokongan dan 425 orang pelajar ( 166 pelajar Tingkatan Dua dan 259 pelajar Tingkatan Satu ). Setelah lebih 10 bulan warga SMK Bukit Katil menumpang di SMK Bukit Baru, mulai akhir Oktober 2001 ( seminggu sebelum sekolah bercuti akhir tahun ), operasi sekolah pun mula berpindah ke tapak barunya di Bukit Katil. Setelah menjangkau 3 tahun beroperasi, SMK Bukit Katil, mula membangun dengan pesat, mengalami pertambahan pelajar dan guru, menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran moden dan prasarana yang lengkap.

Pada tahun 2004, SMKBK mendapat pengetua yang baru iaitu Puan Kamisah binti Abdullah dan mulai tahun 2004 juga, pelajaran generasi pertama SMKBK mula mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2005, SMKBK mula membuka satu aliran baru mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Pada tahun 2006, SMKBK memulakan pula kelas mata pelajaran Vokasional ( MPV ) iaitu Produksi Multimedia.

Sejak menubuhannya sehingga sekarang, SMKBK telah ditakbir oleh 6 orang pengetuaa iaitu
  • Puan Hajah Sharifah Fadzilah binti Omar Al Habshi ( mulai 10.01.2001 - 01.12.2003 )
  • Puan Kamisah binti Abdullah ( mulai 02.12.2003 - 31.05.2007 )
  • Puah Hajah Bibah binti A. Rahman ( mulai 01.06.2007 - 16.11.2008 )
  • Puan Hajah Rukiah binti Mustakim. PJK ( mulai 17.11.2008 - 03.09.2010 )
  • Puan Hajah Rosni binti Rusli ( mulai 16.09.2010 - 23.06.2014 )
  • Puan Norsiah binti Abdul Rahman ( mulai 24.06.2014 - kini )
Pada 2007, SMKBK telah menjalani sekolah 2 sesi yang mana pelajar-pelajar Tingkatan 2 , 3 , 4 dan 5 mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada sesi pagi manakala pelajar Tingkatan 1 mengikuti sesi petang. Oleh sebab masalah pengangkutan murid, mulai tahun 2008, SMKBK kembali beroperasi satu sesi.

Kini, SMKBK mempunyai 110 orang kakitangan akademik termasuk pentadbir, 19 orang kakitangan sokongan dan 6 orang pekerja swasta, manakala bilangan pelajar berjumlah 1557 orang.

Wednesday, 9 December 2015

Jamuan Akhir Tahun 2015

Pada tanggal 08.12.2015, kami telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka. Tujuan jamuan diadakan bagi mengenang jasa pengawas Tingkatan 5 tahun 2015 yang telah memberri khidmat sepanjang di SMK Bukit Katil. Jamuan telah diadakan di Gold Coast Resort, Bukit Katil, Melaka dengan bayaran RM40.00 setiap seorang kecuali pengawas Tingkatan 5. Kami menjemput para pentadbir sekolah, guru-guru pengawas, pengawas Tingkatan 5 dan pengawas-pengawas lain bagi memeriahkan lagi jamuan tersebut. Kami telah bekerjasama bagi memastikan majlis berjalan lancar. Terima kasih kami ucapkan kepada para pengawas Tingkatan 5 tahun 2015 yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin pelajar. Semoga jasa yang kalian berikan akan dibalas di akhirat kelak. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir pada majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil bagi tahun 2015. Tidak lupa juga buat para pengawas yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di hari yang akan datang.